Keputusan Penuh Final Bola Sepak Sukan Sea ke 26 - XXVI 2011 | Malaysian's Best Wedding Photography and Cinematic Video Company

Tuesday, November 22, 2011

Keputusan Penuh Final Bola Sepak Sukan Sea ke 26 - XXVI 2011

Subhanallah! Alhamdulilah! Allahu Akbar!
Malaysia Boleh! Malaysia Boleh! Malaysia Boleh!

kita berjaya mempertahankan kejuaraan yang dicipta di Vientien. Setelah bertarung hampir 140minit di padang Stadium Gelora Bung Karno. Malaysia dan Indonesia masih terikat dengan jaringan 1 - 1.

Akhirnya, kemenangan Malaysia diraikan melalui sepakan penalti 4 - 3. Terima kasih Fahmi, Badrool dan yang lain-lain... Malayan Tiger Never Give UP!

Sayup-sayup kedengaran Lagu Negaraku bergema di ruang angkasa Indonesia...

Di Malaysia,
Ada yang melihat siaran melalui Online, TV 1 & Astro 801. Tidak ketinggalan warga pedalaman, ada juga yang tekun dan sabar mereka hanya mendengar melalui corong-corong radio tempatan... 

Dari desa, kampung, pekan, bandar mau pun kota megalopolis Kuala Lumpur, Penang & Johor Bharu. Baik Melayu, Cina, India, Pan Asian, Mix Asian, Orang Asli semuanya menjerit keriangan dengan airmata, rasa sebak, terharu serta gembira kerana Malaysia berjaya menggondol emas untuk acara Bolasepak.


Syabas Harimau Muda,
Tahniah Malaysia!

Tribute Posters to all Harimau Muda fans from us Cipta Karya Studio (M)


from CKS TEAM cheers!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Contact Us